PROGRAM LARIAN MERENTAS DESA 2017

Tarikh : 19.01.2017
Hari : Khamis
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Sekitar Kampung Tebengau




Pada 19 Januari 2017, SK Tebengau telah melaksanakan program Larian Merentas Desa.  Program bermula seawal 7.30 pagi dengan taklimat perjalanan dan keselamatan program.   Larian Merentas Desa bermula di Masjid As- Saadah, Tebengau kemudian sekitar kawasan Kampung Tebengau dan berakhir di masjid semula.
Tujuan program ini dijalankan adalah bagi memberikan peluang kepada semua pasukan rumah sukan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin mata atau point bagi rumah sukan masing-masing. Peserta Merentas Desa pada kali ini telah di lepaskan oleh Tn Hj Ramli bin Abdul Halim iaitu Guru Besar SK Tebengau. Walaupun cuaca agak panas, namun para peserta tetap bersemangat untuk mengumpulkan mata bagi rumah sukan masing-masing. Semangat seperti inilah yang ingin diterapkan di dalam hati setiap murid SK Tebengau.
Program telah diakhiri dengan acara kemuncak iaitu penyampaian hadiah kepada para pemenang. Acara berjalan dengan lancar dan dengan jayanya. Pada jam 11.00 pagi, program telah berakhir dan murid-murid dibenarkan pulang.





No comments:

Post a Comment