Makmal ICT







PIAGAM PELANGGAN

1. Menyediakan prasarana yang kondusif dan kemudahan yang lengkap.
2. Menyediakan peralatan yang mencukupi di samping memastikannya sentiasa beroperasi dengan baik.
3. Menyediakan kemudahan yang fleksibel kepada guru dalam melaksanakan aktiviti P&P.
4. Melaksanakan aktiviti yang menyumbang ke arah menjana kreativiti pelajar di dalam bidang Teknologi Maklumat.


OBJEKTIF

1. Memastikan penggunaan ICT yang maksimum dalam aktiviti P&P berjalan lancar
2. Memastikan semua peralatan dalam keadaan baik dan sistem internet sentiasa dalam keadaan stabil.
3. Mewujudkan suasana yang kondusif dalam aktiviti P&P yang berasaskan ICT.

PERATURAN ASAS PENGGUNAAN MAKMAL ICT

1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau
semasa tiada penyelaras.

2. Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal
komputer yang telah disediakan.

3. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal.

4. Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.

5. Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh di bawa masuk.

6. Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi.

7. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan
dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.

8. Semua pengguna dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam log book/ rekod penggunaan makmal komputer dengan mengisi semua ruang yang disediakan.

9. Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. Kaum, dan negara. ( JANGAN MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET)

10. Pengguna dilarang membawa masuk atau keluar dari makmal sebarang
cakera perisian atau dokumen.

11.Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.

12. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru bertugas.

13. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras atau guru bertugas.

14.Tidak dibenar menggunakan makmal semasa hujan atau kilat.

15. Pastikan anda menggunakanUserna me danPassword yang dibenarkan sahaja.

16. Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.

17. Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas , lampu, kipas dan alat
pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa.

18. Tindakan displin yang keras akan diambil pada mereka yang tidak mematuhi
arahan ini.