MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TEBENGAU 2012

Tarikh : 31 Oktober 2012
Hari : Rabu
Tempat Program : Dewan Khalifah SK Tebengau


 PERJALANAN PROGRAM --->  

Seawal jam 8.30 pagi, waris mengambil tempat. Para ibu bapa dan waris diberi brosur . Pada jam 8.45 pagi, semua tetamu dan VIP yang dijemput mengambil tempat di dalam dewan. Majlis dimulakan dengan lagu ‘Negaraku’ diikuti dengan bacaan doa oleh ustaz Mahadi bin Yaakob. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan Al-Quran oleh adik Muhammad Irsyad Zamani bin Zainuddin dari kelas 4K. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis diikuti ucapan dan laporan dari Guru Besar. Majlis kali ini dirasmikan oleh En Ziyadi bin Abd Rauf. Majlis seterusnya diserikan lagi dengan persembahan menarik dari murid-murid dan tayangan aktiviti sekolah yang telah dilakukan sepanjang tahun 2012. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah dan cenderamata kepada murid-murid yang cemerlang dalam peperiksaan tahun 2012. Murid-murid yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun 2011 juga menerima hadiah dan sijil penghargaan iaitu 4 orang mendapat 4 A 1B , 2 orang 4A1C dan seorang mendapat 3A 2 B. Sebelum bersurai ibu bapa dan para tetamu dijamu dengan jamuan ringan. Majlis berakhir lebih kurang jam 11:30 pagi. 

 GAMBAR SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG
Keadaan dalam Dewan Khalifah yang dipenuhi ibu bapa dan waris.
 
 
Ucapan dan perasmian oleh Naib Yang Dipertua PIBG SK Tebengau, En Ziyadi bin Abd Rauf.
 
 
Ucapan alu-aluan dan bacaan laporan sekolah oleh Guru Besar SK Tebengau 
 
 
Persembahan nasyid oleh murid-murid 
 
 
Bacaan Al-Quran oleh adik Muhammad Irsyad Zamani bin Zainuddin 
 
 
Penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-55, KHATAM AL-QURAN & AIDILFITRI 2012

Tarikh : 30 Ogos 2012
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Tapak perhimpunan & Dewan Khalifah SK Tebengau

Gambar Sepanjang Program --->


SAMBUTAN KEMERDEKAAAN KE-55


KHATAM AL-QURAN


SAMBUTAN AIDILFITRI

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 2012

Tarikh : 19.06.2012
Hari : Selasa
Masa : 11.30 pagi
Penceramah jemputan : Ustaz Aminuddin Bin Abd Rahim, Pensyarah Insaniah, Alor Star.

Perjalanan Program --->

Semua murid mula masuk ke dewan pada jam 11.00 pagi. Pada jam 11.30 pagi, Ustaz Mahadi selaku pengerusi majlis memberikan ucapan salam dan alu-aluan kepada penceramah. Ustaz Aminuddin menyampaikan ceramah dan memberi penerangan tentang pengertian Israk dan Mikraj serta proses sepanjang Nabi Muhammad SAW melalui perjalanan Israk dan Mikraj. Ceramah berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM 


Semua murid memenuhi dewan pada jam 11.00 pagi


 Ustaz Mahadi selaku Pengerusi Majlis


 Ustaz Aminuddin, Penceramah jemputan.


MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SK TEBENGAU 2012


Tarikh : 16 Mei 2012
Hari : Rabu
Masa : 7.45pg - 1.15ptg
Tempat : Tapak perhimpunan & dewan SK Tebengau
Tema Hari Guru :
 “GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

Perjalanan Program ---> Seawal jam 7.45 pagi, murid-murid telah berkumpul di tapak perhimpunan untuk melihat guru dan kakitangan menjalankan acara sukaneka. Sebaik sahaja selesai acara sukaneka, semua guru dan murid-murid mengambil tempat di Dewan Khalifah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mahadi bin Yaakub. Acara pertama ialah nyanyian ‘Guru Malaysia’ dan ‘lagu tema Hari Guru 2012’ diikuti dengan bacaan ikrar oleh guru-guru. Acara berikutnya ialah acara memotong kek Hari Guru oleh puan Guru Besar dan murid-murid memberikan hadiah kepada guru-guru. Seterusnya ialah ucapan wakil murid dan ucapan wakil bacaan perutusan Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia oleh En Azizan bin Yahaya. Majlis diteruskan lagi dengan beberapa persembahan menarik dari murid-murid dan persembahan khas dari En Ahmad Hassan bin Kamis. Pada jam 1.15 petang, murid diberi makanan dan dibenarkan pulang.

 
 Guru-guru berikrar 


 
 Guru-guru menyanyikan lagu ‘Guru Malaysia dan ‘lagu Tema Hari Guru 2012’ 

 Guru Besar memotong kek Hari Guru sambil diperhatikan guru-guru 

 ucapan bacaan perutusan dari Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia oleh PK HEM, En Azizan bin Yahaya  

 ucapan dari wakil pelajar  

 Acara sukaneka oleh guru-guru dan kakitangan  

 Persembahan dari murid-murid  

 Persembahan khas dari guru  


MAJLIS PERSARAAN & UPACARA SALAM DAN LAMBAI PK KURIKULUM SK TEBENGAU



Tarikh : 5 April 2012
Hari : Khamis
Masa : 7.45pg & 11.00 pg
Tempat : SK Tebengau
Yang Diraikan : Pn Hjh Rahmah binti Ismail

Lagi gambar ---->