PROGRAM KEJAR KOMUNITI

Hari : Khamis
Tarikh : 26 September 2019

Program Kejar Komuniti  merupakan program Kecergasan Jasmani dan Rohani bersama Komuniti.  Pelbagai aktiviti dijalankan dalam program ini antaranya ialah senaman aerobik melibatkan seluruh warga SK Tebengau dan juga waris serta aktiviti memasak bubur Asyura sempena sambutan Maal Hijrah. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi. Pihak sekolah juga menjemput penceramah untuk menyampaikan ceramah berkenaan sambutan Maal Hijrah.  Objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dan waris. Disamping itu juga program ini dapat mewujudkan kerjasama berpasukan dalam mengimarahkan Sambutan Maal Hijrah serta memberi kesedaran kepada murid untuk menghayati kelebihan bulan Muharram yang penuh keberkatan.
















No comments:

Post a Comment