KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SK TEBENGAU 2017

Tarikh : 13.02.2017
 Hari : Isnin
 Masa : 7.30 pagi
 Tempat : Padang SK Tebengau

Sambutan Hari Kejohanan Balapan & Padang SK Tebengau telah diadakan pada 13 Februari 2017 bertempat di padang  SK Tebengau.  Tujuan hari sukan seperti ini diadakan adalah untuk menyemai semangat kesukanan dalam diri pelajar.
Hari sukan dimulakan dengan pembacaan ikrar oleh murid. Pembaca ikrar diiringi oleh setiap ketua rumah sukan. Setelah pembacaan ikrar selesai, pengacara majlis menjemput Penghulu Mukim Tebengau untuk memberi  ucapan seterusnya merasmikan hari sukan tersebut. Seterusnya Tuan Guru Besar dijemput untuk memberi ucapan.
Acara seterusnya ialah persembahan kontijen-kontijen rumah sukan yang terdiri daripada rumah Laksamana, Syahbandar, Temenggung dan Bendahara. Setiap rumah sukan mempersembahkan perakan masing-masing dengan penuh kreatif. Mereka berarak mengelilingi padang dan berkumpul di tengah padang untuk menantikan acara seterusnya.
Setelah itu, acara yang amat dinanti-nantikan bermula. Kemeriahan sorakan para pelajar dapat dilihat apabila acara dimulakan. Mereka bersungguh-sungguh memberi sorakan kepada rakan-rakan mereka.  Ibu bapa dan waris juga turut mengambil bahagian dalam acara tarik tali.
Sebelum acara berakhir, Guru Besar mengumumkan keputusan keseluruhan temasya sukan pada hari tersebut. Rumah Bendahara dinobatkan sebagai Johan, Naib johan pula disandang oleh Rumah Laksamana manakala Rumah Temenggung mendapat tempat ketiga.


No comments:

Post a Comment