Hari : Ahad
Tarikh : 24 Mac 2019
SK Tebengau telah menerima kunjungan Lawatan Penanda Aras dari SK Bukit Choras. Lawatan ini merupakan Lawatan Penanda Aras Pusat Sumber Sekolah dan Makmal ICT LESMA. Lawatan ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan PSS dan Makmal ICT antara kedua-dua buah sekolah , malahan perkongsian idea yang bernas juga dapat membantu menimba pengetahuan untuk penambahbaikan pengurusan PSS dan juga Makmal ICT.
Showing posts with label Berita. Show all posts

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH 2019
Hari : Khamis & Jumaat
Tarikh : 21 & 22 Mac 2019
Tempat : Kem Palas, Yan
Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan Jawatankuasa Disiplin & Lembaga Pengawas SK Tebengau. Program ini melibatkan semua pengawas sekolah yang telah dilantik bagi sesi persekolahan. Tujuan utama penganjuran kem ini ialah untuk memberi pendedahan cara pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar untuk menghadapi cabaran dan memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Program ini juga dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta dapat memantapkan pelajar.

ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2018
Hari : Ahad
Tarikh : 28 Oktober 2018
Tempat : Auditorium Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Kedah.
Pada 28 Oktober 2018, SK Tebengau telah menerima jemputan sebagai penerima Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Kedah Kategori Makmal Cemerlang bagi tahun 2018.
SK Tebengau telah berjaya meraih Naib Johan kategori Makmal Cemerlang peringkat Negeri Kedah.
Penilaian Makmal Cemerlang telah dinilai oleh Encik Ahmad Zaki dari BTPN Kedah dan Encik Wan Ahmad Anwar Sukri dari PKG Gurun pada 11 Oktober 2018.

PROGRAM SAMBUTAN KEMPEN KAYUHAN AMAL ANJURAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 2018
Hari : Ahad
Tarikh : 25 Ogos 2018
Tempat : SK Tebengau
Pada 25 Ogos 2018 yang lalu, SK Tebengau telah dipilih sebagai tempat untuk 'checkpoint' kedua bagi acara Kayuhan Amal anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Alor Setar. Majlis itu diserikan lagi dengan Kempen Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak oleh PDRM Kota Setar. PDRM juga turut mengedarkan risalah kempen tersebut dan mengadakan kuiz serta menawarkan hadiah kepada murid-murid yang menjawab soalan dengan betul. Majlis diakhiri dengan penyampaian Sumbangan Khas kepada pelajar miskin oleh DUN Pengkalan Kundur, Dato Dr Ismail Salleh. Beliau juga turut menyertai Kayuhan Amal tersebut.

Subscribe to:
Posts (Atom)