PROGRAM SAMBUTAN KEMPEN KAYUHAN AMAL ANJURAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 2018

Hari : Ahad
Tarikh : 25 Ogos 2018
Tempat : SK Tebengau

    Pada 25 Ogos 2018 yang lalu, SK Tebengau telah dipilih sebagai tempat untuk 'checkpoint' kedua bagi acara Kayuhan Amal anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Alor Setar. Majlis itu diserikan lagi dengan Kempen Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak oleh PDRM Kota Setar. PDRM juga turut mengedarkan risalah kempen tersebut dan mengadakan kuiz serta menawarkan hadiah kepada murid-murid yang menjawab soalan dengan betul. Majlis diakhiri dengan penyampaian Sumbangan Khas kepada pelajar miskin oleh DUN Pengkalan Kundur, Dato Dr Ismail Salleh. Beliau juga turut menyertai Kayuhan Amal tersebut.























No comments:

Post a Comment