KARNIVAL HARI KOKURIKULUM SK TEBENGAU 2018

Hari : Sabtu
Tarikh : 21 April 2018

     SK Tebengau telah mengadakan Karnival  Hari Kokurikulum peringkat sekolah pada hari Sabtu, 21 April 2018. Perlaksanna program ini telah memberi peluang kepada guru-guru dan murid-murid untuk mendapat pengalaman baru dalam bidang keusahawanan dan perniagaan, mengeratkan silaturahim antara warga SK Tebengau, ibu bapa dan pelbagai agensi luar dan mencungkil bakat murid dalam bidang kusahawanan.  Selain itu, program ini dimeriahkan dengan penglibatan warga Tebengau  dalam perlawanan Liga Bola Sepak dan Tarik Tali antara belia Mukim Tebengau. Program ini turut melibatkan Perpustakaan Desa Tebengau dengan prasekolah sekitar kawasan Tebengau seperti acara sukaneka dan pertandingan mewarna.  Terdapat juga kaunter dari agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Klinik Kesihatan Simpang Empat. Selain itu terdapat juga agensi luar seperti kaunter pemeriksaan mata percuma dari Eyemaster Optometris.  Program pada tahun ini telah mendapat sambutan diluar jangkaan apabila ramai waris murid dan juga komuniti Tebengau telah hadir bagi menjayakan program ini.





















1 comment: