BENGKEL DIGITAL STORY TELLING (DST) ANIMATION

Hari : Rabu - Khamis
Tarikh : 18 & 19 Julai 2018
Tempat : Makmal Komputer Lestari Maya SK Tebengau


      Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah telah menganjurkan Bengkel Digital Story Telling (DST) untuk kelompok sekolah-sekolah di bawah PKG Simpang Empat yang bertempat di Makmal Komputer SK Tebengau. BTPN Kedah telah mengambil langkah proaktif bagi menyahut seruan BTP, KPM bagi melaksanakan Bengkel DST  untuk memberi bimbingan tenaga pakar yang berpengalaman kepada sekolah yang terpilih. Bengkel tersebut telah dijalankan selama dua hari iaitu pada 18 hingga 19 Julai 2018.  


OBJEKTIF BENGKEL :
1. Guru dan murid dapat mempelajari perisian animasi Creatoon iaitu perisian yang spesifik dalam penghasilan animasi dan pembangunan papan cerita
2. Guru dan murid dapat menghasilkan bahan pengajaran dalam bentuk penceritaan animasi yang lebih menarik untuk PdPc.
3. Memberikan kemahiran kepada peserta mengenai teknik merancang dan menulis papan cerita serta dapat menghasilkan satu bahan cerita dalam bentuk animasi digital.
4. Memberi tunjuk ajar kepada sekolah – sekolah yang berhampiran untuk pengkongsian ilmu selepas bengkel.



















No comments:

Post a Comment