MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PEMBERIAN DUIT RAYA 2017

Tarikh : 22 Jun 2017
Hari : Khamis
Tempat : Dewan SK Tebengau


SK Tebengau telah mengadakan majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah sempena program Ihya Ramadhan tahun ini. Majlis dimulakan dengan alunan selawat ke atas nabi Muhammad SAW oleh peserta sambil berjalan memasuki dewan. Seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Mahadi  diikuti ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar. Selepas berakhirnya khatam Al-Quran, murid-murid bersalaman dengan guru dan duit raya diberikan kepada semua murid.












No comments:

Post a Comment