MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TEBENGAU 2012

Tarikh : 31 Oktober 2012
Hari : Rabu
Tempat Program : Dewan Khalifah SK Tebengau


 PERJALANAN PROGRAM --->  

Seawal jam 8.30 pagi, waris mengambil tempat. Para ibu bapa dan waris diberi brosur . Pada jam 8.45 pagi, semua tetamu dan VIP yang dijemput mengambil tempat di dalam dewan. Majlis dimulakan dengan lagu ‘Negaraku’ diikuti dengan bacaan doa oleh ustaz Mahadi bin Yaakob. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan Al-Quran oleh adik Muhammad Irsyad Zamani bin Zainuddin dari kelas 4K. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis diikuti ucapan dan laporan dari Guru Besar. Majlis kali ini dirasmikan oleh En Ziyadi bin Abd Rauf. Majlis seterusnya diserikan lagi dengan persembahan menarik dari murid-murid dan tayangan aktiviti sekolah yang telah dilakukan sepanjang tahun 2012. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah dan cenderamata kepada murid-murid yang cemerlang dalam peperiksaan tahun 2012. Murid-murid yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun 2011 juga menerima hadiah dan sijil penghargaan iaitu 4 orang mendapat 4 A 1B , 2 orang 4A1C dan seorang mendapat 3A 2 B. Sebelum bersurai ibu bapa dan para tetamu dijamu dengan jamuan ringan. Majlis berakhir lebih kurang jam 11:30 pagi. 

 GAMBAR SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG
Keadaan dalam Dewan Khalifah yang dipenuhi ibu bapa dan waris.
 
 
Ucapan dan perasmian oleh Naib Yang Dipertua PIBG SK Tebengau, En Ziyadi bin Abd Rauf.
 
 
Ucapan alu-aluan dan bacaan laporan sekolah oleh Guru Besar SK Tebengau 
 
 
Persembahan nasyid oleh murid-murid 
 
 
Bacaan Al-Quran oleh adik Muhammad Irsyad Zamani bin Zainuddin 
 
 
Penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik

No comments:

Post a Comment