SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN SK TEBENGAU 2019

Hari : Ahad
Tarikh : 25 Ogos 2019

Sambutan Hari Kemerdekaan SK Tebengau pada tahun ini berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti yang disediakan.  Aktiviti pertama ialah majlis pelancaran kemerdekaan yang diadakan di tapak perhimpunan.  Dalam majlis pelancaran ini, Guru Besar menyampaikan ucapan dan merasmikan program kemerdekaan. Pelajar juga  turut menyanyikan  beberapa lagu patriotik. Aktiviti seterusnya ialah perarakan dengan membawa jalur gemilang mengelilingi kawasan Kg Tebengau.  Disamping itu, diadakan juga pertandingan seperti Pakaian Kemerdekaan, Basikal Merdeka dan Soalan Kuiz. Kesimpulannya, program sambutan Kemerdekaan di peringkat sekolah telah dapat memupuk semangat patriotisme dikalangan pelajar dan guru.



















SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI RAYA AIDILFITRI 2019

Hari : Khamis
Tarikh : 13 Jun 2019

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan  Hari Guru pada tahun ini berlangsung meriah dengan kerjasama sepenuhnya dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah. Pelbagai aktiviti telah diatur oleh PIBG bagi memeriahkan sambutan antaranya ialah memasak dan menyediakan menu juadah seperti nasi dan lauk pauk di samping hidangan ketupat, lemang, rendang,kuih-muih dan pelbagai lagi. Turut diadakan permainan sukaneka dan persembahan nyanyian oleh guru-guru. Program yang diselia oleh PIBG sekolah dianggap berjaya mencapai objektif dengan penyertaan aktif ibu bapa yang begitu prihatin menyumbang tenaga bagi menjayakan program ini.











































KARNIVAL KOKURIKULUM SK TEBENGAU 2019

Hari : Sabtu
Tarikh : 27 April 2019

     Karnival Kokurikulum SK Tebengau pada tahun ini  terisi dengan pelbagai aktiviti menarik dengan pembukaan gerai-gerai jualan dan pelbagai aktiviti permainan.  Antara aktiviti permainan  ialah senamrobik, bola sepak, bola jaring, memancing dan tarik tali.  Selain itu, gerai Jumbo Sale juga dibuka dengan jualan barangan runcit seperti beras, gula, kopi, minyak dan lain-lain bermula dengan harga serendah rm2.00.  Terdapat juga aktiviti seperti Rumah Hantu, tayangan 3D, cabutan bertuah dan juga booth pembukaan akaun NURI dari agensi Bank Rakyat.  Penglibatan aktiviti mewarna dari murid-murid prasekolah di kawasan sekitar Tebengau memeriahkan lagi karnival pada kali ini.