PROGRAM AKHIL BALIGH

Pada hari ini berlangsung satu program yang dinamakan "Program Akhil Baligh". Program ini dilaksanakan untuk pelajar Tahun 6 yang berjumlah seramai 95 orang yang baru sahaja habis peperiksaan UPSR. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman tentang amalan- amalan ibadat fardu ain dan fardu kifayah.



Antara perkara-perkara yang diajar semasa program ini ialah mengenai jenis-jenis najis, cara bersolat, solat jenazah, tayammum dan mandi wajib.


MEMBUKA AKAUN TABUNG HAJI



Pihak Tabung Haji telah datang ke sekolah untuk memudahkan para pelajar yang ingin membuka akaun. Ibu bapa juga turut hadir sama untuk membuka akaun.